Thursday, 26 April 2012

Hari-Hari Terakhir DPI


Para peserta menghitung hari bagi menamatkan Kursus DPI ini. Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di sepanjang kursus ini dapat memberi manfaat yang berguna dalam meneruskan tugasan masing-masing. Segala kenangan bersama akan terus terpahat di memori para peserta. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan selamanya.....Hayatilah lirik lagu ini khas untuk semua sahabat-sahabat DPI Siri II 2011/2012.

UNTUKMU TEMAN

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya
Diselamanya

DOA PERPISAHAN


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


TEMAN SEJATI 


Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Program-program Terakhir di Penghujung DPI



Pertandingan Kawad Kaki


Setelah hampir 6 bulan menjalani latihan, akhirnya, kesemua peserta DPI diuji dengan pertandingan kawad kaki. Sebanyak 3 kumpulan bertanding dan masing-masing mempamerkan kawad yang terbaik. Keputusan kawad berkumpulan terbaik memihak kepada kumpulan yang diketuai oleh Ust Abdul Wahid manakala tempat kedua kumpulan Ust Zaaba dan tempat ketiga kumpulan Ust Mohd Bukhari.




Apa yang diharapkan, semoga latihan kawad yang telah dipelajari dapat membentuk disiplin peserta dan menjadi pegawai yang serba boleh dalam semua bidang.







Perkampungan Orang Asli Kg Ganuh Bukit Ibam Muadzam Shah Pahang

Pada 16 hingga 20 April 2012, kesemua peserta DPI berkampung selama seminggu di Kg. Ganuh Bukit Ibam bagi melengkapkan modul terakhir aktiviti luar. Tujuan utama modul ini adalah untuk menjalankan dakwah di lapanagan ataupun dakwah bil hal. 

Para peserta dapat bersama-sama dengan pendudk kampung yang majoritinya bukan beragama Islam. Namun apa yang mengkagumkan para peserta DPI, setiap program yang dijalankan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penduduk kampung. Kegembiraan terpancar di wajah penduduk sepanjang program dijalankan. 
Pelbagai kenangan manis dikecapi sepanjang berada di perkampungan orang asli tersebut. Segala pahit manis, suka-duka dihadapi bersama. Apapun, tahniah pada semua dan terima kasih kepada penduduk Kampung Ganuh :)






Karnival Sukan DPI


Ketua Pengarah Jakim, YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha hadir ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi merasmikan Karnival Sukan Diploma Pengurusan Islam (DPI) siri ke-2 pada 31 Mac 2012 (Sabtu). YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha hadir diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunnan Insan) Jakim, Tuan Haji Razali bin Shahabudin telah disambut oleh Pengarah ILIM, Hajah Pauzaiyah binti Haron, Timbalan Pengarah, Puan Zainab binti Ab Rahman, kakitangan ILIM serta para peserta Diploma Pengurusan Islam (DPI).



Dalam ucapan perasmian, Ketua Pengarah Jakim mengucapkan tahniah di atas penganjuran Karnival Sukan yang dirancang sepenuhnya oleh para peserta Diploma Pengurusan Islam. Kebolehan dan keupayaan para peserta DPI menganjurkan program karnival sukan untuk warga Jakim dianggap sebagai satu kejayaan yang besar kerana mampu membahagikan masa di dalam kesibukan mengisi jadual penuh kursus Diploma Pengurusan Islam yang berlangsung selama 6 bulan.

YBhg. Dato’ menambah bahawa setiap Pegawai Hal Ehwal Islam perlu ada ketahanan fizikal dan emosi untuk mendukung sikap ‘orang agama’. Setiap tugas yang diamanahkan perlu direkod untuk rujukan dan maklumat yang dapat membantu organisasi. YBhg. Dato’ juga telah mengumumkan, beliau mendapat maklumbalas bahawa peserta Diploma Pengurusan Islam siri pertama dilaporkan cemerlang dari sudut kerjaya dan sahsiah diri. Justeru, beliau meletakkan harapan tinggi bahawa peserta DPI siri ke-2 dapat mengekalkan status sebagai yang terbaik keluaran Jakim.

Acara karnival dimulakan dengan perasmian acara pertandingan tarik tali di antara pasukan kakitangan ILIM melawan peserta DPI yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Othman bin Mustapha. Seterusnya perasmian acara sukaneka untuk anak-anak kakitangan ILIM dan Jakim serta acara padang seperti pertandingan bola sepak dan bola tampar.

Selain itu, turut memeriahkan acara karnival sukan ini ialah acara memanah dan berkuda yang disertai oleh Ketua Pegarah Jakim dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim. Para pemenang, telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim.

Pada sebelah petang, acara disambung dengan pertandingan ping-pong, bola jaring dan sepak takraw. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara yang bertanding telah disempurnakan oleh Pengarah ILIM, Hajah Pauzaiyah binti Haron diiringi Ketua Penolong Pengarah, Pusat Pengurusan Undang-undang Islam ILIM, Ustaz Amran bin Awaluddin.


1 Minggu jadi Tentera


Hasrat untuk memakai uniform tentera serta menjalani kehidupan ala tentera tercapai buat  29 orang peserta kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) Siri ke-2, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Mereka dihantar menjalani latihan separa tentera di Hutan Simpan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor bermula 28 Februari sehingga 3 Mac 2012.

Jawatan sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Jakim tidak mengganggu para peserta untuk menyahut cabaran  sesi latihan yang dilatih sepenuhnya oleh pihak PALAPES  UKM. Malah inilah peluang keemasan untuk mencuba sesuatu yang baru bagi mempertingkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal di samping untuk mengukuhkan semangat setiakawan serta kerja berpasukan.


Pelbagai pengalaman dan kemahiran baru yang diperolehi oleh para peserta antaranya  menjalani latihan menembak menggunakan senjata M16. Lebih menarik lagi mereka turut meredah hutan dalam pelbagai keadaan cuaca bagi merasai sendiri suasana sebenar kehidupan tentera di medan perang dan ketika aman.

Majlis penutupan sesi latihan telah disempurnakan oleh Lt. Kol. Mohd Sahar bin Hj. Said selaku ketua jurulatih dan beliau mengumumkan 3 orang peserta yang dipilih sebagai peserta cemerlang iaitu Lukmanul Hakim bin Mokhtar, Hasmuna binti Osman  dan Mohamad Faizal bin Omar Baki.



Para peserta pulang ke penginapan asrama ILIM dengan pelbagai kenangan pahit manis yang diperolehi sepanjang tempoh di  Hutan Simpan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.  Latihan ini disifatkan sebagai latihan yang menginsafkan akan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah terutamanya nikmat keamanan. Ia juga mampu menyemai rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kerana pekerjaan halal dalam apa jua lapangan, merupakan suatu ibadah dan juga suatu pengorbanan.

Malam Simfoni Kesenian Islam


“Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah."


Nasyid, pentomen, drama, marhaban, sajak, syair dan sebagainya merupakan alternatif hiburan Islam yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat Islam. Walau bagaimanapun, setiap hiburan perlulah mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam agar tidak terpesong atau melalaikan.

Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Malam Simfoni Keseniaan Islam, warga ILIM telah menyaksikan persembahan teater hebat oleh 30 orang peserta Diploma Pengurusan Islam (DPI) siri ke-2  yang dipersembahkan di pentas Dewan Datuk Mohd Shahir ILIM pada 8 Mac 2012. Persembahan teater tersebut mengisahkan kisah hidup Rasulullah SAW bersama puak Arab jahiliah yang menentang baginda serta keperitan yang diharungi baginda di dalam menyebarkan syiar Islam agar luas melata di bumi Allah.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan mewakili Ketua Pengarah Jakim. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI, YBhg. Dato’ Che Mat bin Che Ali serta Pengarah ILIM, Hajah Pauzaiyah binti Haron dan Timbalan Pengarah, Hajah Zainab bin Ab Rahman. Turut menyerikan dewan ialah kehadiran warga ILIM bersama ahli keluarga masing-masing serta pelajar-pelajar dari sekolah yang berhampiran.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin dengan 3 kali pukulan gong. Di dalam ucapan, beliau mengucapkan syabas kepada kesungguhan para peserta DPI mengendalikan majlis tersebut. Beliau mengalu-alukan pertunjukan kesenian yang megetengahkan konsep Islam agar umat Islam mendapat panduan bentuk-bentuk  hiburan yang dibenarkan di dalam Islam. Beliau turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang dijemput pada malam tersebut.

Majlis pada malam tersebut juga telah diserikan dengan persembahan nasyid yang dianggotai oleh pelajar Darul Quran, Jakim yang mendendangkan 4 lagu nasyid yang harmoni. Sebelum berakhir, majlis diserikan pula dengan acara  cabutan nombor bertuah yang menceriakan suasana dewan.

Majlis ini ternyata berjaya mencapai objektifnya di dalam memantapkan kefahaman umat Islam tentang  perjuangan Rasulullah SAW. Selain itu, melalui majlis ini juga,  penganjur ingin menonjolkan bentuk kesenian yang diharuskan di dalam Islam agar menjadi panduan kepada masyarakat di samping mampu mewujudkan ukhuwah silaturrahim di antara warga ILIM dengan para tetamu yang hadir pada malam tesebut.

Sebelum itu, telah berlangsung sesi ceramah Maulidul Rasul yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri yang menyentuh tentang dakwah Rasulullah SAW di Dewan Datuk Mohd Shahir sebelum acara perasmian bermula.






Monday, 23 April 2012

Transformasi Minda DPI di BTN Nilai

Para peserta Kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) Siri II terus mengorak langkah menyertai Program Transformasi (Birokrat) selama tiga hari, bermula 25 hingga 27 Januari 2012. Para peserta menjalani slot kenegaraan khas yang diadakan di Kem Biro TataNegara, Kuarters KLIA Nilai, Negeri Sembilan dengan kerjasama sepenuhnya oleh BiroTatanegara Jabatan Perdana Menteri.

Aktiviti yang dirangka bersama Unit Diploma Pengurusan Islam (UDPI), Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam (PPUI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) lebih menjurus kepada penyampaian ilmu secara ilmiah di dalam keadaan santai dan mesra. Sedikit kelainannya, Program Transformasi ini tidak melibatkan aktiviti outdoor seperti mana kelaziman yang dijalankan oleh pihak BTN.

Para peserta diberi pendedahan melalui tiga slot ceramah, sesi perbincangan serta percambahan idea dalam kumpulan kecil. Pada hari terakhir pula, para peserta dibawa keluar menikmati aktiviti kembara pendek di kawasan sekitar sebelum majlis penutupan. Majlis penutupan aktiviti telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam, ILIM yang mewakili YBhg. Hajah Pauzaiyah Binti Haron, Pengarah ILIM

 "teleng kepala aku dengan taklimat Pak Sani"kata Azrul
 para peserta tersenyum girang
 bergambar kenangan bersama fasilitator
 dalam hutan pun nak bergambar ke...)

Peserta DPI Jadi Polis

“Fokus! Tekan picu! Tembak!” laung salah seorang anggota polis dari Maktab Polis DiRaja Malaysia. “Dom! Dom!” begitu kuat bunyi tembakan yang cukup menggegarkan gegendang telinga serta menyentak bahu beberapa fasilitator ILIM program DPI Siri 2 yang mencuba latihan menembak di padang sasar, maktab polis tersebut di Kuala Lumpur.
Peluang ini hanya diberi kepada peserta Diploma Pengurusan Islam Siri 2 yang menjalani latihan di maktab tersebut selama seminggu bermula 4- 9 Disember 2011. Pada 9 Disember 2011, fasilitator turut menyertai para peserta untuk mengutip pengalaman menembak yang pada awalnya difikirkan mudah, rupa-rupanya mendebarkan jiwa pada yang baru pertama kali memegang pistol. Bahkan ada yang pulang dengan luka kecil akibat geseran dengan laras pistol. Walau bagaimanapun, berbaloi memperolehi pengalaman yang mampu menyedarkan peserta tentang risiko yang dihadapi oleh pihak polis atau tentera ketika berdepan dengan penjenayah.
Selesai menembak, ramai yang melahirkan kelegaan kerana keluar dari zon bingit tembakan dan menginsafi bahawa betapa besarnya nikmat keamanan yang bebas dari jenayah dan perang. Pengalaman ini turut memberi perspektif baru pada fasilitator dan peserta DPI agar lebih menghormati tugas pasukan keselamatan negara dan memberi inspirasi bahawa setiap Pegawai Hal Ehwal Islam juga perlu berani dan tahan diuji sekalipun di lapangan agama. Sebagaimana besarnya tugas seorang polis, maka pegawai Jakim juga perlu turut berani berkorban masa, tenaga serta nyawa demi keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

"tepat sungguh tembakan aku" kata Ridzuan
 Kena tekan tubi lah pulak...
 Nampak segak semuanya.. cheeseee :)

Mengimbau Kenangan DPI Unggul Di Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka






Aktiviti pertama DPI siri 2 dimulakan pada 15-19 November 2011 dengan mengikuti ativiti di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka yang dikelolakan oleh fasilitator INTAN Bukit Kiara, Encik Hashim Bin Zaini selaku Penyelaras Program Pusat Pembangunan Profesional (PPP). Antara slot khas yang dibawakan fasilitator daripada INTAN ialah ‘Slot Pelucutan Jawatan’ yang bertujuan untuk memudahkan para peserta menerima maklumat tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Objektif kursus ini adalah bagi melatih peserta untuk survive terhadap persekitaran serta memupuk sikap peka kepada situasi semasa melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang digarap khusus di dalam pelaksanaan DPI Unggul ini. Majlis penutupan DPI Unggul disempurnakan oleh Puan Hajah Ramlah Binti Yong, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan mewakili Timbalan Ketua Pengarah Jakim (Pembangunan Insan). Di dalam ucapan perasmian penutup, beliau mengingatkan peserta agar dapat mengambil sebanyak mungkin manfaat melalui aktiviti-aktiviti khusus yang telah dirancang serta bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk sentiasa gigih dan bersemangat.

Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog DPI 3 Siri II 2011/2012

Buat julung-julung kalinya peserta DPI Siri II 2011/2012 diberi peluang untuk membina blog secara berkumpulan. Peluang ini sangat bermakna buat semua peserta DPI kerana dengan adanya blog ini peserta DPI dapat melakarkan perjalanan aktiviti dan program sepanjang tempoh kursus bermula 14 November 2011 dan dijangka akan berakhir pada 4 Mei 2012. Semoga dengan terbinanya blog ini para peserta DPI dapat berkongsi pengalaman dan maklumat kepada para blogger sekalian.