PENGENALAN
Diploma Pengurusan Islam (DPI)
merupakan kursus mandatori jangka panjang yang dirangka khusus dan disyaratkan
kepada semua Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI), Gred S41 yang baru dilantik untuk
tujuan mematuhi salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Kursus ini
dilaksanakan secara berpenginapan penuh (fully residential) di Institut Latihan
Islam Malaysia (ILIM). Kursus ini mengambil pendekatan konsep latihan secara
menyeluruh berteraskan peningkatan profesionalisme dengan menekankan kepada
aspek pembangunan dan pembentukan peribadi serta jati diri setiap peserta DPI.
OBJEKTIF
- Membentuk PHEI yang teguh aqidah, komited dengan amalan Islam, mempunyai jati diri yang kukuh, nilai integriti yang tinggi, berdisiplin dan berdaya tahan dalam mengahadapi cabaran.
- Membentuk PHEI yang berketrampilan dan mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berfikiran terbuka selaras dengan keperluan kerjaya, masyarakat dan Negara.
- Melahirkan PHEI yang mempunyai sakhsiah yang tinggi berlandaskan nilai dan etika Islam: dan,
- Melahirkan pegawai yang berilmu dan berdaya saing yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan ummah.
KANDUNGAN
MODUL
Modul ini mengandungi 2
komponen utama:
- Komponen 1 : Modul Dalaman
- Komponen 2 : Modul Luaran
a) Komponen 1 : Modul Dalaman
Modul Dalaman melibatkan
aktiviti dalam kelas yang berbentuk blended learning yang merangkumi ceramah,
amali, simulasi dan ujian kecerdasan minda dan sebagainya. Modul ini memberikan
pendedahan kepada aspek-aspek kepimpinan, komunikasi, kualiti, protokol dan
pengurusan majlis, pengurusan organisasi dan perhubungan antarabangsa
berdasarkan perspektif Islam. Modul dalaman ini mengandungi 3 sub komponen yang
utama iaitu:
- Kemahiran pengurusan Fungsi Diri Pegawai Hal Ehwal Islam
- Pengurusan Hal Ehwal Islam
- Kemahiran Pengurusan awam
Modul ini lebih menekankan
ke arah pembentukan disiplin, semangat berpasukan, cintakan organisasi dan
negara, daya ketahanan diri fizikal dan mental. Komponen ini mengandungi 2
komponen utama iaitu:
- Modul Bina Semangat
- Modul Kemasyarakatan
No comments:
Post a Comment