
Jawatan sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Jakim tidak mengganggu para peserta untuk menyahut cabaran sesi latihan yang dilatih sepenuhnya oleh pihak PALAPES UKM. Malah inilah peluang keemasan untuk mencuba sesuatu yang baru bagi mempertingkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal di samping untuk mengukuhkan semangat setiakawan serta kerja berpasukan.
Pelbagai pengalaman dan kemahiran baru yang diperolehi oleh para peserta antaranya menjalani latihan menembak menggunakan senjata M16. Lebih menarik lagi mereka turut meredah hutan dalam pelbagai keadaan cuaca bagi merasai sendiri suasana sebenar kehidupan tentera di medan perang dan ketika aman.
Majlis penutupan sesi latihan telah disempurnakan oleh Lt. Kol. Mohd Sahar bin Hj. Said selaku ketua jurulatih dan beliau mengumumkan 3 orang peserta yang dipilih sebagai peserta cemerlang iaitu Lukmanul Hakim bin Mokhtar, Hasmuna binti Osman dan Mohamad Faizal bin Omar Baki.


No comments:
Post a Comment