Monday, 23 April 2012

Transformasi Minda DPI di BTN Nilai

Para peserta Kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) Siri II terus mengorak langkah menyertai Program Transformasi (Birokrat) selama tiga hari, bermula 25 hingga 27 Januari 2012. Para peserta menjalani slot kenegaraan khas yang diadakan di Kem Biro TataNegara, Kuarters KLIA Nilai, Negeri Sembilan dengan kerjasama sepenuhnya oleh BiroTatanegara Jabatan Perdana Menteri.

Aktiviti yang dirangka bersama Unit Diploma Pengurusan Islam (UDPI), Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam (PPUI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) lebih menjurus kepada penyampaian ilmu secara ilmiah di dalam keadaan santai dan mesra. Sedikit kelainannya, Program Transformasi ini tidak melibatkan aktiviti outdoor seperti mana kelaziman yang dijalankan oleh pihak BTN.

Para peserta diberi pendedahan melalui tiga slot ceramah, sesi perbincangan serta percambahan idea dalam kumpulan kecil. Pada hari terakhir pula, para peserta dibawa keluar menikmati aktiviti kembara pendek di kawasan sekitar sebelum majlis penutupan. Majlis penutupan aktiviti telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam, ILIM yang mewakili YBhg. Hajah Pauzaiyah Binti Haron, Pengarah ILIM

 "teleng kepala aku dengan taklimat Pak Sani"kata Azrul
 para peserta tersenyum girang
 bergambar kenangan bersama fasilitator
 dalam hutan pun nak bergambar ke...)

No comments:

Post a Comment