“Fokus! Tekan picu! Tembak!” laung salah seorang anggota polis dari
Maktab Polis DiRaja Malaysia. “Dom! Dom!” begitu kuat bunyi tembakan
yang cukup menggegarkan gegendang telinga serta menyentak bahu beberapa
fasilitator ILIM program DPI Siri 2 yang mencuba latihan menembak di
padang sasar, maktab polis tersebut di Kuala Lumpur.
Peluang ini hanya diberi kepada peserta Diploma Pengurusan Islam Siri
2 yang menjalani latihan di maktab tersebut selama seminggu bermula 4- 9
Disember 2011. Pada 9 Disember 2011, fasilitator turut menyertai para
peserta untuk mengutip pengalaman menembak yang pada awalnya difikirkan
mudah, rupa-rupanya mendebarkan jiwa pada yang baru pertama kali
memegang pistol. Bahkan ada yang pulang dengan luka kecil akibat geseran
dengan laras pistol. Walau bagaimanapun, berbaloi memperolehi
pengalaman yang mampu menyedarkan peserta tentang risiko yang dihadapi
oleh pihak polis atau tentera ketika berdepan dengan penjenayah.
Selesai menembak, ramai yang melahirkan kelegaan kerana keluar dari
zon bingit tembakan dan menginsafi bahawa betapa besarnya nikmat
keamanan yang bebas dari jenayah dan perang. Pengalaman ini turut
memberi perspektif baru pada fasilitator dan peserta DPI agar lebih
menghormati tugas pasukan keselamatan negara dan memberi inspirasi
bahawa setiap Pegawai Hal Ehwal Islam juga perlu berani dan tahan diuji
sekalipun di lapangan agama. Sebagaimana besarnya tugas seorang polis,
maka pegawai Jakim juga perlu turut berani berkorban masa, tenaga serta
nyawa demi keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
"tepat sungguh tembakan aku" kata Ridzuan
Kena tekan tubi lah pulak...
Nampak segak semuanya.. cheeseee :)
No comments:
Post a Comment